Sunday, 21 April 2013

-Pengajaran-

ya Allah,...
banyak sgt dosaku...
hingga kau uji aku pada hari ini...

pertamanya...
aku hilang seorang sahabat...
ku kagumi, ku syukuri...

keduanya...
perjanjian terbatal dengan insan yang telah ku kenal orang tuanya..
sungguh...
aku tidak mampu...
moga tarikh ini, aku berubah..
agar lebih dekat denganMu...

dekat dengan MU..
dekat dengan MU....
dekat dengan MU...

"Touching"

setiap manusia dikurniakan perasaan...
salah satunya , touching....

apabila berteman, 
apabila berkawan, 
pasti timbul perasaan ni... 
COMFIRM..
akan tetapi, timbulnya perasaan ini setiap ketika membuatkan kita rimas dengan berkawan...

cerita dimulakan dengan seorang kawan saya.. 
kami seblok,, satu aras...
di awal penggal raptnya kami.. 
dek kerana menanggung masalah bersama...
akhir penggal, perangainya semakin berubah...
semakin menyendiri, 
membuatkan kami rakan sekelas rasa bersalah.. 
setiap perbuatan kami,
kami kena jaga.. demi menjaga hati seorang kawan...

ada kawan saya yang lain pula mengadu.. 
"dia bukan bapa aku pun mw jaga hati dia ja.."

apa2 pun, harap saya boleh menjadi seorang kawan yang baik... 

pengajaran : fahami orang lain, sblm meminta orang lain faham dengan kita.

Saturday, 20 April 2013

sekian.

meneruskan hidup seper dulu...
pendam...

21/04/2013 (11:07:12)

persahabatan... :)
sangat manis bila dikenang...
budinya ku sanjung tinggi...
sahabatku..

jika pergimu xkan kembali,.
tinggalkan lah doamu untukku.,
aku amat mengharapkannya...
untuk terus berjuang d muka bumi ini..
sahabbatku,

pernah ku tanam dalam diri ..
"HILANGNYA SAHABAT, TIDAK MUNGKIN TERJADI"
ku hanya mampu merancang,
Allah yang berhak menentukan..
kerana hikmahnya ..
kerana hikmahnya juga.. 
air mata kesyukuran jatuh dari kelopak mata,
stop dreaming ainul....
sahabatku..

aku tidak hensem... 
tidak seperti artis korea...
aku tidak bijak,.
tidak seperti Tun Mahathir..
muka ku tua...
tapi aku bersyukur...
aku bukan sahabat yang baik...
tpi cuba menjadi terbaik..
:) .. 

jaga dirimu,
jaga imanmu,
jaga maruahmu...

sungguh nasihat mu, kan ku kenang hingga akhir hayat ku...
Allah memberi, Allah juga boleh tarik balik..

Wednesday, 17 April 2013

"Maafkan aku"

aku hamba Allah..,
sentiasa melakukan khilaf di muka bumi ini..
kadang leka dengan mainan dunia..
maafkan aku ya Allah...

aku hamba Allah,
sering menyakitkan hati teman dan kawan..
kadang tanam sifat dendam,.
maafkan ku ya Allah...

aku hamba Allah..
punya seorang sahabat,..
yang sungguh aku hormati...
aku kagumi..,,
kadang hatinya terkecil,
tapi teguh dengan sifat sabarnya...
maafkan aku sahabat,
maafkan aku ya Allah..

pengajaran : setiap manusia dikurniakan kelebihan dan kekurangan, ada bakat tersendiri... bersyukurlah... sahabat ku punya bakat tersendiri.. :)

Tuesday, 16 April 2013

"Long time not c u"

#^$*%&@($*%^@*#($$*$$&*#(@)@

mood UAK / exam

dan baliiikkkkk.....................
25/52013//

nanti balik..., kmk tgk dua orang baru dalam keluarga... dua2 hero...
kesian kmk, perantau.. terpaksa melihat time dorg sudah besar...
jumpa kmk pun dorg takut2... sedih ..

tp sik apa..
kmk pak cik yang comel dan baik..
<

mak cik, minta cadangan nama lelaki untuk anaknya..
satu amanah untuk kmk, nama biar elok.

Sunday, 14 April 2013

Story Board "The Happy Prince"

akhirnya... berkat bantuan rakan-rakan...
"saya tolong colour ssahaja.., maaf xda seni.."

ni jak, mek mauk tunjuk... :P ..

SaHaBat

Mereka punya kawan,
aku miliki sahabat,
mereka ada teman,
aku dihadiahkan sahabat,
mempunyai definisi yang hampir sama,
tapi aplikasinya berbeza..

sahabat, teman, kawan datang saat ketawa ku riang,
tika hatiku senang, mereka ada disisi,
saat ku sedih merana.? 
sahabat datang membawa harapan,
hidangkan motivasi untuk kekenyangan peribadi diri,
teman dan kawan, pergi... mencari keriangan.. 
tinggallah sahabat disisi..
masanya dikorbankan,
rehatnya ditangguhkan,
hanya kerana erti persahabatan,

hadirnya sahabat,
melebarkan senyuman,
hilangnya sahabat,
TIDAK MUNGKIN TERJADI... 

ku tahu, dia sentiasa disisi.. 
syukur Alhamdulillah,
Allah hadiahkan kamu untukku,
sahabatku.

Saturday, 13 April 2013

story board . . . .

1.





"Happy Prince"

sebuah short story yang menjadikan diriku begitu berharga,,,,,
*tidur hnya 3 jam...
* xda seni mw lukis2...
*hasilnya.. ??? tawakal kepada Allah....

yang penting saya sedang mengidam laksa Sarawak....
minggu ni insyAllah ada... amin...

orang ckp, kerja biar ikhlas.... biar buat sorg pun walau kerja kumpulan.. kalau ikhlas..
sikda rasa penat juak tue... (*rasa penin ada laaaaaaa) ...

Permudahkan segala urusan ku ya Allah....

"Say Alhamdulillah, Allah syg bagi sakit kt saya" (NAS,2013)

Friday, 12 April 2013

Rezeki...

Alhamdulillah....

2008-2009 merupakan tahun yang paling bermakna... paling manis... dan paling bahagia aku....

paling bermakna..
.dua tahun ni.. aku masih berperang dengan SPM... lepas PMR... Penolong kanan suruh masuk kelas sains tulen... aku try utk beberapa hari,. sbb aku mmg x minat sains...
sehari dh cukup untuk aku berubah fikiran untuk masuk kelas perakaunan.. kerana disitulah bidang aku...
Alhamdulillah.. pencapaian ku semakin hari semakin meningkat...

paling manis...
biasalah sekolah kan... ada ujian dan juga peperiksaan... saat paling manis... setiap ujian dan peeprikssaan.. aku dapat nombor satu...
nak bangga pun ada lah sikit. berkat usaha. terbayar juga... as usual. sains dan BI menjadi penghalang untuk aku lebih cemerlang...
paling manis juga.. waktu ni, aku ibarat tutor dalam kelas... aku mengajar suma rakan2 aku.. sehingga ada satu rakan cina aku katakan kepada ku.. "ainul , saya rasa kamu ngam jadi guru la.. bukan akauntan"..
sekarang.. SAYA BAKAL PENDIDIK.... terima kasih kawan mendoakan aku..

paling bahagia..
tahhun 2009.... SPM.
memang aku memaksakan diri aku untuk latihkan diri dengan strategi yg cukup, perlatan perang yg cukup dan segala2 nya utk di bawa ke medan peperangan nnt...
1st - sebab ibu bapa aku mengharapkan mereka juga naik pentas.. *sbb sapa pelajar cemerlang sekolah akan naik pentas.. alhamdulillah.. aku tunaikan hasrat mereka..


tangan mereka ku genggam erat... tanpa mereka.. siapalah aku..
2nd... SMK Putatan... Pengetua, apatah lagi guru2 yang mengajar aku.. masing meletakkan harapan tinggi dengan aku dan rakan2 lain.. lagilah rasa tercabar.. hehehe.. 

paling bahagia... 

9A 1B .... walaupun ianya biasa dimata orang lain.. tp. dalam hati ni.. itu pencapaian terbaik.. 

terima aksih mama, papa dan yang paling penting ALLAH SWT...

"gian"

musim asimen... tahan ja la ya ainul... kmk mauk baca novel. tp sik sempat.. hukhukhukhuk....
minggu yang memenatkan,.. tidur 3 jam tu kira bersyukur...

pada suatu hari... membeli bahan2 untuk story board ELE.... ajak geng2 p MPH / popular.. mw lepaskan gian...


1st thing 1st... mw cari novel... *kerja ELE aku abaikan.. hahahaha...

aku cari dua orang penulis, fatimah Syarha dan Dr Farhan...
malangnya... kt fofular xda jual... terpksa pergi ke MPH ....

nak minta pndpt dgn sahabat... tp. kena marah pula *sedih.. hahaha
xapa.. cari sendiri..
akhirnya... gian pun dilepaskan dengan membeli :
         1. Tafsir Quran.. warna hijau warna kesukaan nabi..
         2. novel tautan hati.. pduli depa nak kata aku baca novel pmpuan.. atleast aku bleh kenal hati perempuan.... siapkan diri dari sekarang...
         3. Sinergi... *ni pun main ambil ja... hahaha. tapi best..

pengajaran.. : kalau malas maw baca buku2 ilmiah tentang islam, baca la novel islamik.. hehehe.. semakin minat dengan pena sebegini...
*sahut cabaran !!! aku juga boleh jadi penulis..

K.DPAH

"Spektra"

hihihhihih...... majalah sekolah sahabat....

banyak input yang boleh dijadikan output pada masa datang...
hehehe...

tapi spektra edisi 33, xberapa menarik berbanding yang lepas2..hihih..
80% gmbr2 dlm spektra tue gmbr sahabat aku..
 hahahha...
semua naib presiden dia maw sapuuuuu...
nampak sifat kepimpinannya..

one more thing, GUNTING.......... HAHAHHA...
satu benda yang menjadi bahan ugutan untuk akuuuuuuu.... hahhaa.. jahat nya aku..

pengajaran  : manusia diciptakan dengan kebaikan dan keburukan masing2....

Tuesday, 9 April 2013

menghargai sesuatu..



Harapan yang dibina
Musnah begitu sahaja
Dek kerana lilin yang tak disangka
Yang menyala dan memusnahkan semua

Hanya air mata mengiringi kemusnahan ini
Untuk menenangkan dilema perasaan yang dialami
Kerana air mata mengintepretasi segalanya yang ada dihati

                     Tika air mata jatuh, rapuhlah kepercayaan ini
                     Tika air mata jatuh, punahlah semua janji yang telah terpatri
                     Tika air mata jatuh, tersimpanlah dendam yang menguasai diri

Jangan biarkan ianya terus membasahi bumi
Kelak merana diri…


Nilai sendiri ainul...


Cinta-Nya

Cinta…
Perasaan yang begitu berbisa
Saat adam dan hawa menjalin kasih
Terikatnya satu hubungan yang tidak pasti
Adakah hubungan yang halal di jalan-NYa ?
Adakah hubungan yang diredhai oleh-Nya ?
Adakah hubungan yang sentiasa berpegang pada ajaran-Nya…?
Keimanan yang menentukannya…

jalan ku....


Langkah ini

Saat kutatap wajah tua itu
Langkah ini semakin rapuh
Air mataku seka daripada berguguran ke bumi
Hanya berbekalkan semangat aku terus melangkah

Saat langkah diatur,
Berfikir sejenak perjalanan yang akanku lalui
Perasaan takut merajai diriku
Tetapi…
Tekad yang membara ini mebantu aku
Meneruskan langkah ini

Thursday, 4 April 2013

"Gerek" ....

Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia...
terdapat banyak bahasa dan pertuturan yang berbeza dari hujung kuching sehinggalah di Lawas..

bahasa melayu sarawak menarik minat untuk aku bercakap..
sbb rmai kawan ku juak org sarawak...
sahabat baik ku sendiri org sarawak...

"Gerek"

satu perkataan bahasa sarawak yang bukan 1st time ku dengar.. tpi.. 1st time ku tahu maksudnya..
hahha..

klu kat sabah, bila orang buat sesuatu yang aneh... orang lain akan cakap.. "GEREK SEEEEEEEEEEEEHHHHHHHH""""

sekali, bila ku trnslate kepada sarawak language.. maksudnya.. ":
                1. teman lelaki/wanita
                2. bf / gf
                3. teman istimewa...

dan sama waktu dengannya......

sahabat ckp, jangan bergerek sebelum bernikah...
kena SEBIJI kau ainul...

Monday, 1 April 2013

Suatu Ketika Dahulu..

Pesan seorang sahabat.... 

deru angin petang,
menyapa kulitku, 
terimbas seketika, 
teringat aku akn kisah lalu,
tika itu amat bermakna bagi ku, ..................................................................................................................................................................................................................................

aku renung kembali,
apakah mmg itu kegembiraan.? 
apakah mmg itu kebahagiaan.? 
telah aku amati, 
ternyata hanya mainan dunia. 
yang mengajak diri menjadi sirna, 

dalam diriku, 
aku mohon kepada Mu 
Ya Allah,lindungilah diri ini, 
redhai kami..

by ****

lihat maknanya.... :)

Puisi Buatku... 

Sahabat baik ku, memberikan ku beberapa rangkap puisi... 
*membuka mata jiwa, minda dan hati.... 

terimalah.

"sepertiga malam" by *****

indahnya saat malam membuka tirai,
dudukku  menghadap-Mu,
Saat titis-titis jernih menyapa pipi,
aku mengharap hentinya tidak,
aku mengharap ia terus mengalir seperti mengalirnya khilaf ku pergi dari diri
Alangkah indahnya jika hati-hati ini
sering mengingati-Mu
Alangkah bertuahnya jika naluri ini tidak leka dengan dunia-Mu
Ya Rabbi
Anugerahkan lah kami hati yang sering menangis
sering menyesali dosa kami
Selitkan kelembutan dalam hati kami untuk
menangisi kesalahan kami
kuatkan hati kami untuk bangun menghadap-Mu
Kala sepi angin malam menyapa
tika indahnya dibuai mimpi lena
berikanlah kami kekuatan ya Rabb

betapa hebatnya insan yang menangis di malam hari saat orang lain perang dengkur.... jika aku jumpa org sebebgini.. aku hormatinya, muliakannya... cepat2 aku cop dia sbgai sahabt ku... 
agar aku dibimbing.. :)